Friday 21 September 2012

Posted by Unknown | 0 comments

RANDOM TECHNOLOGY - Samsung Galaxy Note 2






Samsung Galaxy Note 2

   Galaxy Note yang original adalah antara smartphone keluaran Samsung yang terkenal dengan saiz yang mumbo jumbo tapi mempunyai lag yang agak mengecewakan penggunanya. Kini mereka telah memperkenalkan Galaxy Note 2 pada siri keluaran smartphone mereka. Mari kita lihat spesifikasi dan review Note 2.

General

   Galaxy Note 2 adalah antara smartphone yang paling berkuasa dalam pasaran kini. Dengan saiz 5.5 inci HD Amoled screen ia bakal menjadi tumpuan para penggemar smartphone yang bersaiz besar.


 
















Display

   Note 2 mempunyai 5.5 inch HD Amoled display tidak lagi menggunakan PenTile Matrix screen seperti Note yang sebelumnya. Ini bermakna kini display akan memaparkan imej yang tajam. Warna display juga adalah todak terlalu over saturated dan boleh diubah di menu 
setting. 




  Dengan saiz display yang besar ia dapat memberikan pengalaman menonton movie yang menakjubkan dan ia juga sesuai digunakan ketika menggunakan aplikasi maps menjadikan ia alat yang sesuai untuk navigasi.







Body

   Dengan saiz yang besar, headphone jack serta home button tidak mudah dicapai jika anda cuma menggunakan satu tangan sahaja. Untuk bahagian internal, dengan chip quad core Exynos processor telah upgrade kepada 1.6GHz dan 2GB RAM membolehkan ia beroperasi dengan kelajuan yang menggagumkan. Dengan lebihan RAM, anda berupaya untuk switch ke application lain dengan lebih cepat tanpa lagging seperti Note 1 tanpa memberi sebarang kesan kepada performance smartphone. Design nya juga adalah hampir sama dengan Galaxy S3 tetapi mempunyai berat yang ringan. Antara feature lain adalah radio FM, GPS dan juga batteri Li-Ion 3100 mAh.


  




Lock, Power button, dan S-Pen

   Lock dan power button terletak di sebelah kanan membolehkan ia senang digunakan. Slot untuk S-Pen juga berada di bahagian ini membolehkan ia senang untuk dicapai. S-Pen ini juga mempunyai fungsi yang unik dengan Air View. Anda mampu untuk melihat semua mesej hingga ke gambar serta scroll menerusi video tnapa menyentuh display. Hebat!





Camera

   Galaxy Note 2 dilengkapi dengan 8 megapixel kamera utama, 1.9 kamera depan, 3264x2448 pixel, auto focus serta LED flash. Selain itu ia juga mempunya feature geo-tagging, touch focus, face and smile detection dan image stabilization. Ia mampu menangkap video pada 1080p.




Software 

   Galaxy Note 2 dikuasakan dengan OS terbaru dari Android iaitu Android 4.1 Jellybean. Bagaimanapun ia sedikit berbeza dengan Jellybean daripada Nexus 7 serta Galaxy Nexus kerana telah dimodifikasi oleh Samsung.  


   



source : techradar






0 comments: