Thursday 20 September 2012

Posted by Unknown | 0 comments

RANDOM FACT - 10 Gambar Yang Mengejutkan Dunia






A picture is worth a thousand word.

   Mungkin anda pernah mendengar expression berkenaan. Gambar-gambar yang kami paparkan kali ini mungkin adalah antara gambar-gambar yang paling unik di dunia di mana setiap gambar mempunyai kisah menakjubkan yang mampu memberi kesan yang besar kepada dunia. Damn sadness menerap di sanubari!


1. War Underfoot (Caroline Cole)



                        
   
   Carol Guzy adalah wanita pertama yang menerima anugerah Pulitzer Prize bagi kategori news photography dan menerima anugerah beliau yang terakhir untuk gambar-gambar pelarian Kosovo yang menyayatkan hati. Gambar di atas merupakan gambar Agim Shala, budak lelaki berusia 2 tahun yang cuba melepasi kabel berduri untuk sampai ke keluarga nya. Beribu pelarian Kosovo berjaya ditempatkan di kem pelarian Kukes, Albania. 

2. War Underfoot (Caroline Cole)


   Jurugambar Los Angeles Times ,Carolyn Cole mengambil gambar ini ketika menjalankan tugas beliau di Liberia. Ini menunjukkan betapa teruknya keadaan di sana ketika Liberian Civil War. Kelongsong-kelongsong peluru penuh memenuhi jalan di Monrovia. Ibu kota Liberia merupakan tempat yang paling teruk mengalami kerosakan kerana merupakan pentas perang antara pihak kerajaan dengan pemberontak Liberia.

3. Thailand Massacre (Neil Ulevich)



   Nei Ulevich memenangi anugerah Pulitzer Prize pada tahun 1977 untuk siri gambar yang menunjukkan suasana tegang dan kekejaman di jalan raya Bangkok, Thailand. Serangan kejam ke atas pelajar Thammasat University ini berlaku pada 6 Oktober, 1976 semasa para pelajar itu melakukan tunjuk perasaan membantah kepulangan diktator Field Marshall Thanom Kittikachorn. Rancangan kepulangan F.M.T Kittikachorn mencetuskan protes di kalangan rakyat Thailand. Ahli protes dan juga pelajar dibelasah teruk, ditembak, digantung serta dibakar sehingga maut.

4. After The Storm (Patrick Farrel)


   Jurugambar Miami Herald, Patrick Farrel menangkap gambar mangsa tragedi Haiti ini pada tahun 2008. Farrel menangkap gambar siri tragedi Haiti ini dengan menggunakan teknik black and white. Subjek utama gambar 'After The Storm' ini adalah seorang budak lelaki cuba menyelamatkan sebuah stroller selepas ribut Hanna melanda Haiti.

5. The Power Of One (Oded Balilty)


  Pada tahun 2006, pihak berkuasa Israel mengarahkan pengusiran pendatang haram Yahudi di Amona. Oded Balilty, jurugambar Associated Press warga Israel berada di tempat kejadian ketika proses pengusiran itu menjadi ganas sehingga mencetuskan ketegangan di antara pendatang haram dengan pihak berkuasa. Gambar ini menunjukkan keberanian seorang gadis Yahudi berusia 16 tahun, Ynet Nili melawan pihak berkuasa Israel.

6. World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)


   Gambar ini yang ditangkap oleh jurugambar Steve Ludlum menunjukkan saat ketika pesawat kedua merempuh World Trade Center di New York pada 11 September 2001. Bebola api tercetus serta kepulan asap besar terhasil di menara terbabit sebelum runtuh sepenuhnya.

7. After the Tsunami (Arko Datta)


   Kathy Ryan, editor untuk The New York Times Magazine serta juri ketika jurugambar,Arko Datta memenangi pertandingan World Press Photo pada tahun 2004 menyifatkan gambar 'After The Tsunami' sebagai 'graphical, bersejarah dan gambar yang penuh dengan emosi'. Gambar ini menunjukkan seorang wanita warga India yang meratapi kematian salah seorang ahli keluarganya selepas kejadian tsunami melanda perairan India.

8. Bhopal Gas Tragedy 1984 (Pablo Bartholomew)


   Pablo Bartholomew merupakan jurugambar warga India yang dikenali ramai ketika menangkap gambar ketika tragedi Bhopal Gas yang mengakibatkan hampir 558,128 mangsa cedera parah serta 15,000 lagi maut. Gambar ini diambil  Pablo Bartholomew dan Ragu Ghai, seorang lagi jurugambar warga India ketika terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengebumikan seorang kanak-kanak. Sungguh sadis! R.I.P

9. Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)


   Deanne Fitzmaurice, menerima anugerah Pulitzer Prize pada tahun 2005 kerana menangkap gambar 'Operation Lion Heart'. Gambar ini memaparkan kisah seorang budak lelaki Iraq berusia 9 tahun yang cedera parah akibat letupan besar ketika perang di Iraq. Budak lelaki ini kemudian dibawa ke sebuah hospital di Oakland, CA di mana beliau menjalani berdozen pembedahan yang boleh meragut nyawa. Ketabahan budak lelaki ini yang cekal untuk terus hidup membolehkan beliau digelar Saleh Khalaf,'Lion Heart'.

10. Tragedy of Omayra Sanchez (Frank Fourier)


   Frank Fourier menangkap gambar tragis Omayra Sanchez yang terperangkap dalam lumpur di celah runtuhan bangunan. Cetusan gunung berapi Nevado Del Ruiz di Columbia pada tahun 1985 menyebabkan gelongsoran lumpur sehingga memusnahkan kampung dan kematian kira-kira 25,000 penduduk. Selepas 3 hari bertarung nyawa untuk terus hidup, Omayra Sanchez meninggal dunia akibat hypotermia dan gangrain. Gambar ini diambil Frank Fourier sejurus sebelum Omayra meninggal dunia. Tragedi kematian beliau diikuti ratusan jutaan manusia yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen. R.I.P 


source : toptenz.net


0 comments: