Wednesday 19 September 2012

Posted by Unknown | 0 comments

RANDOM FACT - History Of Superman





Fun Fact!

   Here is a fun fact for you, rekaan pertama watak Superman oleh Jerry Seagel dan Joe Schuster bukanlah seorang superhero tetapi seorang penjahat! Komik pendek pertama mereka 'The Reign Of Super-Man' tidak mendapat sambutan yang memuaskan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meletakkan watak Superman di pihak yang benar. Genius move! Pada tahun 1935, komik Superman mereka direject sekali lagi oleh pihak newspaper kerana bimbang kan dikenakan lawsuit disebabkan persamaan watak mereka dengan Hugo Danner, watak utama dalam Philip Wylie's novel, Gladiator.

Jerry Siegel


Joe Schuster

Early Years 

   Siri pertama Superman mula dipaparkan oleh Action Comics #1 pada Jun 1938. Jerry Siegel dan Joe Schuster menjual watak mereka kepada syarikat terbabit untuk 130 dollar dan juga kontrak untuk membekalkan material kepada pihak publisher. Bagaimanapun, pada tahun 1941, The Saturday Post melaporkan bahawa Siegel dan Schuster mendapat bayaran 75,000 dollar setahun, sebahagian kecil daripada keuntungan sebenar ang diperoleh DC's Superman menyebabkan mereka menyaman pihak DC pada tahun 1946 untuk menuntut lebih banyak bayaran bagi ciptaan mereka. Sebagai balasan, pihak DC memecat mereka dan melawan mereka di pentas mahkamah. Pada tahun 1948, kedua-dua Siegel dan Schuster menerima 200,000 dollar sebagai tukaran kepada hakcipta penuh Superman dan watak-watak yang terkandung dalam komik tersebut 

   Berikutan kejayaan besar komik Superman pada tahun 1978, Warner Communications menganugerahkan kepada Jerry Siegel dan Joe Shuster pencen seumur hidup sebanyak 35,000 dollar setahun dan juga health benefits. I bet if Jerry Siegel and Joe Schuster tidak settle in court untuk hakcipta penuh watak Superman sudah pasti keturunan mereka kaya raya!











source : wikipedia

0 comments: