Wednesday 19 September 2012

Posted by Unknown | 0 comments

RANDOM FOOD - Who Invented Cheeseburger?





Apa itu Cheeseburger?

   Secara ringkasnya Cheeseburger adalah burger yang dihidangkan bersama kepingan keju. Secara tradisinya, kepingan keju diletakkan di atas kepingan daging burger bakar. Kepingan keju itu kemudian akan mencair di atas burger yang panas yang dilengkapi dengan kepingan salad, jeruk, mayonais dan juga hirisan tomato segar. Di restoran makanan segera seperti di McDonalds, Carls Jr. dan sebagainya, kebiasaannya kepingan keju yang digunakan adalah keju proses tetapi di restoran-restorean lain biasanya keju yang digunakan adalah dari jenis cheddar, swiss cheese, mozarella, blue cheese dan pepperjack.

Sejarah ringkas Cheeseburger.

   Menghidangkan burger bersama kepingan keju mula menjadi popular di Amerika Syarikat sejak akhir 1920-an lagi.Ada beberapa versi cerita individu asal yang mencipta cheeseburger ini tapi menurut wikipedia, Lionel Sternberg adalah dikatakan orang pertama yang mencipta hidangan burger yang dihidangkan bersama kepingan keju. Beliau dikatakan mula menghidangkan cheeseburger ketika bekerja sebagai frycook di kedai makan bapanya di Pasadena, California pada tahun 1926 ketika baru berusia 16 tahun. Cheeseburger mula berada pada menu restoran pada tahun 1928 bermula di restoran O'Dell's.

   Mengikut versi lain, Kaelin's Restaurant di Louisville, Kentucky dikatakan mencipta hidangan ini pada tahun 1934. Setahun kemudian trademark "Cheeseburger" dianugerahkan kepada tuan punya restoran Humpty Dumpty Drive-In, Louis Ballat


Lionel Sterberg
   .

Inb4 Cheeseburger makes you FAT! #LOL


source : wikipedia


0 comments: