Wednesday, 26 September 2012

Posted by amirul hakim | 0 comments

RANDOM FACT - Hookah/Shisha





Apa itu Hookah/Shisha?

   Hookah atau lebih dikenal sebaga shisha di Malaya adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa (atau dikenali sebagai sheesha) dimana asap tembakau yang terhasil akan melalui bekas air yang kebiasaannya diperbuat daripada kaca sebelum disedut. Ini membawa kepada terhasilnya konsep hubble-bubble atau hookah. Hookah menjadi popular sehingga penggunaanya tersebar ke benua Amerika, Eropah, Asia, Australia serta Afrika Selatan.


Asal-usul Hookah

   Kesan-kesan penggunaan hookah telah ditemui di Rajasthan dan Gujarat yang terletak di utara India. Mengikut penulis Cyril Elgood,  Hakim Abu'l-fath Gilani, seorang ahli fizik Parsi di sebuah mahkamah India milik maharaja Mughal, Maharaja Akbar (1542-1605 AD), adalah orang pertama yang mencipta konsep 'pengaliran asap tembakau melalui semangkuk air untuk membersihkan serta menyejukkan asap'. Mengikut sejarah, berikutan pengenalan tembakau dari Eropah ke India dan Parsi, Hakim Abu'l-fath Gilani berasal dari Gilan, yang terletak di utara Iran telah berhijrah ke India. Beliau yang kemudian bekerja sebagai ahli fizik  mencipta konsep hookah setelah mendapati penyedutan tembakau memberi kesan yang memudaratkan kepada kesihatan penggunanya.
   














source : wikipedia




0 comments: